Archive for 2014

Selamat Malam, Disember

Akhir-akhir ini saya sukar lelapkan mata. Kadang-kala ia membawa sehingga jauh kepagi. Mujur saya sendiri. Setidaknya musik dari kotak mampu menemani saya dengan volume tinggi. Sengaja saya biarkan kamar jendela terbuka, lalu bersandar disisinya sambil menulis sesuatu atas permukaan buku merah. Keroyok-royok sudah buku ini saya kerjakan. Segalanya saya rasakan sepanjang tahun ini telah saya laburkan jadi lukisan-lukisan, puisi-puisi dan catatan tanpa punca. Merata-rata.

Di muka pertama;

"20 dan jiwa saya merintih.
Tarik saya dari timbunan persoalan ini.
Saya tidak jumpa jalan keluar."

Lalu saya tutup;

"Tuhan, boleh jadi tiada lagi disember buat saya.
Terima kasih, Tuhan -- Terima Kasih untuk 2014 ini
"

Titik.

Bau asap pun menyeludup masuk ke ruangan bila saya. Datang dari arah tingkap bawah, tingkap milik perempuan pencigar. Sengaja saya berdeham kasar memberitahu akan kewujudan saya di situ. Pantas melaju pintu tingkap ditutup.

Selamat Malam, Disember.

Fasa Sayur Hijau (Kitaran Hidup)

Ada banyak perkara yang dahulunya saya membenci, kemudian perlahan-lahan menggemari(nya). Paling ketara adalah kehadiran sayur hijau yang mula memenuhi ruang pinggan makan. Saya menjadi kaget dan tertanya-tanya; adakah ini hint menyatakan bahwa saya sedang berdikit-dikit menjadi dewasa?

Kerana semasa kecil; definisi sayur bagi saya; hanya dimakan oleh orang dewasa. Saya sanggup mengambil masa yang lama untuk mengasingkan tauge dan daun bawang dari mihun goreng disekitar pinggan. Saya benci nasi goreng sekolah tadika yang penuh dengan lobak dadu, jagung dan kacang hijau.

Hari ini; aktiviti pengasingkan sayur dari makanan adalah perkara leceh dan lembap menyebabkan saya mengambil keputusan terus masuk kedalam mulut. Kerana tujuan utama makan adalah untuk hentikan rasa lapar.

Lama kelamaan dalam sadar saya menggemarinya.

***

Saya mula faham dengan kitaran ini. Jika suatu hari nanti saya menggemari periuk belanga -- mungkin saya tahu saya di fasa yang mana.

srtyih;

Hari telah lewat petang. Hujan masih mahu turun. Aku renung langit. Tuhan, aku tertanya mengenai awan-Mu yang tak habis-habis air dari kantungnya. Datangnya awan-Mu ini dari arah mana, Tuhan?

Air hujan pun mengucup pipiku perlahan, kemudian aku beralah. Mula berjalan.

Membiarkan kaki bawa tempat mahu tuju. Berpusu-pusu manusia mengambil posisi masuk ke gerabak putih. Termasuk aku. Dalam riuhnya rel-rel keretapi berlagi, Sun Tzu berbisik pada aku. "Maii, takpe. Biar kau nampak hitam. Menyeramkan. Tak disukai ramai. Tapi bila kau keluar sebagai kejayaan -- pancarannya seperti kilat yang menyambar."

Tiap satu daripadanya menyeret aku ke lokar baju yang serabut dan berbau. Buntu. Mana suluhan kiblat? Aku tak asing sama seperti robot yang dimanualkan.

Ahh. Tenguk. Aku menrungut lagi.

***

Suatu hari nanti aku akan bina keluarga. Rumah kita cukup sederhana. Perkakas Matahari membuatkan taman kita lebih indah. Buku-buku yang tersusun adalah dari karangan orang ternama. Cukup. Lalu aku pecahkan sunyi cuti hujung minggu kita.

"Sayang, hari ini saya masak spaghetti ya?"

Boleh jadi kau akan mengulang jawab stanza yang sama seperti hari-hari sudah.

"Spaghetti lagi?"

Dan aku akan mengangguk dengan senyuman manis seperti kebiasaan.

Dan mengulang sama.

Maka, persoalan aku "Adakah kau akan bosan mengenai kegemaran aku?"

***

Menjadi Anggun Seperti Mama

Perjalanan terbaik adalah perjalanan pulang mengejar matahari terbenam. Sambil merapatkan jemari lalu dibawa keluar tingkap untuk bercanda dengan angin. Tanpa menghiraukan angin rakus terus menggasak letak jilbab-ku. Aku musykil sejak kali pertama mengenakan jilbab, bagaimana kebanyakkan perempuan termasuk Mama mengekalkan letak jilbab mereka walhal aku melipat bahagian sisi jilbab-ku saja -- gagal. Tarik nafas.


///You are my sunshine, my only sunshine,

You make me happy when skies are gray,

Teruskan bacaan »

You can't find the words anymore.

"Kau kena belajar melepaskan, Maii."

Aku kira sujud terakhir pada hari itu merupakan sujud paling lama yang aku kendalikan. Tak. Aku tak kusyuk pun. Dan aku masih tak faham apa itu kusyuk. Banyak mana sekali pun method solat kusyuk penuhi ruang catit buku, fikiran aku masih tergantung-gantung di ranting yang sudah kering dan hitam. Lalu pada ranting nan kering dan hitam ini bercambah pucuk-pucuk muda persoalan yang diwujudkan hasil magis imaginasi minda.

Teruskan bacaan »